Friday, July 13, 2012

Sunan Musafir




Cover
      Sinopsis
Allah menciptakan cinta, justeru cinta perlu dipertahankan dengan sebaik-baik cara. Maka itu sebagai manusia, Saifudin atau Laksamana Sunan tidak terlepas dari belenggu cinta.
Tahun 1511 merupakan detik keindahan, cabaran serta air mata. Pengembaraan Saifudin serta sahabat-sahabatnya ternyata bukan satu perjalanan yang mudah.
Fikiran Saifudin agak terganggu apabila mendengar khabar bahawa isterinya masih hidup. Namun, adakah benar Sang Dewi itu adalah isterinya, Ratna mantan Ratu Sulaman? Atau sekadar jelmaan?
Pada tahun 1531 – Saifudin yang telah berusia memutuskan untuk bermukim di Pinggir Hulu Melaka. Dia mengisi harituanya dengan menghambakan diri kepada Allah dan meninggalkan dunia pertarungan. Bagaimanapun kejahatan seolah-olah mengejarnya sampai ke hujung nyawa.Berjayakah Saifudin menewaskan mereka?
RAMLEE AWANG MURSHID dalam karya terkini, SUNAN MUSAFIR, lebih banyak bermain dengan ‘ruang dan waktu’. Lebih menitiberatkan ‘cinta dan air mata’. Mengutamakan ‘perjuangan dan kesabaran’. Yakinilah…pada ketika diri merasakan tidak mempunyai sesiapa, ALLAH itu mencukupi segala-galanya.

Psikologi Thriller = Fiksyen 302



Lama tak update blog dan perasaan teruja aku untuk entri kali ni nak ulas tentang novel Ramlee Awang Murshid yang agak terkini jugak la iaitu Fiksyen 302.Habis je baca novel ni,perasaan aku sungguh kagum dan teruja dengan gaya penulisan RAM kali ni.Aku membayangkan jika novel ini difilemkan,memang boleh lawan Holllywood,cuma masalahnya siapalah nak buat?Angka 302 tu rupa-rupanya merujuk kepada Seksyen 302 yang membawa hukuman mati mandatori.


Mula-mula baca sinopsis di kulit belakang novel ni ada nama Rita Yuzalina iaitu seorang peguam dan wataknya juga dimunculkan dalam bahagian prolog.Lepas tu baca punya baca eh ,hilang pulak watak Rita ni dan pembaca dibawa menyelami watak Norhafiza Izura juga seorang peguam dan muncul lah watak Lan Lani,Jimmy Yeoh,Prakash Kumar dan Farid Jaa'ah yang membunuh mangsa mereka dengan cara yang hampir serupa.Memang RAM berjaya buatkan pembaca berdebar-debar dan memaksa kita berfikir macam watak Hizamnudin seorang pesara polis dan Alias seorang pegawai polis untuk mengaitkan persamaan semua kes tersebut.Macam dalam novel Mikhail,RAM berjaya membuatkanku rasa yang PDRM ni hebat dalam menyelesaikan kes!

Tiba di pertengahan cerita,barulah aku faham apa kaitan watak Rita Yuzalina dengan kes-kes di atas dan peranan Dr.Rozlina seorang pakar psikiatri dalam mengusahakan satu projek penting bagi menyelesaikan kes-kes di atas.Memang kena alertlah dengan perubahan masa antara tahun 2012 dan 2032 dalam novel ni kalau tak memanglah tak faham.Dan yang buat aku jatuh rahang ialah Rita tu rupa-rupanya ialah.........!Hem,cari novel ni sendiri dan baca lah ye!

Selesai membacanya,memang novel ni memaksa kita melakukan 'pengembaraan minda' dan berfikir untuk menyelesaikan masalah 
Kata pengantar RAM dalam novel ni;
'Faktor 'memikirkan sesuatu' merupakan latihan minda yang sangat baik.Asas transformasi minda menyatakan-masalah adalah latihan minda yang sangat berkesan.Bermakna semakin kita menjuruskan minda kepada aspek pemikiran,maka semakin banyak neuron-neuron otak yang akan terhasil.Ia sangat baik untuk proses kecerdasan dan kecerdikan minda..percayalah...'

Patutlah kalau zaman-zaman skolah dulu,budak yang pandai subjek Matematik,biasanya dia akan pandai jugak subjek-subjek lain nak-nak yang killer macam Fizik,Kima,Biologi dan Matematik Tambahan.Sebab Matematik kan subjek yang memerlukan kita menyelesaikan masalah.

Inilah novel RAM yang keempat aku beli selepas Mikhail,9 Nyawa , dan Rayyan Fantasi.Novel Bagaikan Puteri the Series tu aku dah give up nak kumpulkan koleksi sebab tak dan nak beli.Hehe..Tengoklah nanti bile cukup belanjawan nak beli semua series tu..Aku baca pun sampai Hijab Sang Pencinta..aku habiskan 3 novel terawal siri ni dalam masa sehari je sebab mase tu aku tumpang tidur kat rumah mak sedara aku kt Penang yang memang jadi pengumpul novel gak..Terima kasih no Mak Andak Suraya...



Kesimpulannya,5 bintang tuk novel ni...dan moral citer ni sebenarnya lebih kurang dengan novel Mikhail iaitu tak payahlah simpan dendam kat orang lain kerana dendam tu lebih menyakitkan hati kita..
Belajarlah memaafkan orang lain agar jiwa kita menjadi tenang...........


Sinopsis

LAN LANI, JIMMY YEOH, PRAKASH KUMAR dan FARID JA’AH membunuh mangsa-mangsa mereka dengan kejam. Masing-masing melakukannya dengan cara yang hampir serupa. Angka 302 dilakar di dahi mangsa. Sejurus itu, mereka menghubungi polis dan melaporkan bahawa hukuman mati telah dilaksanakan. Ketika diberkas, mereka menyerah diri dalam keadaan bertelanjang bulat. Bagaimanapun, motif sebenar setiap pembunuhan sangat kabur. Andai dipadankan dengan psikologi manusia, ternyata mereka yang mengaku bertanggungjawab bukanlah orang yang waras. Kes-kes itu tidak dapat diselesaikan.


Tahun 2032 - seorang peguam, Rita Yuzalina menyertai projek rahsia yang dikendalikan oleh dua orang pakar psikiatri bertujuan untuk merungkaikan misteri pembunuhan itu. Namun, ia disabotaj. Pertukaran watak berlaku. Lebih menakutkan... tragedi lampau berulang lagi. Lebih dahsyat daripada apa yang dijangkakan!


RAMLEE AWANG MURSHID dalam karyanya kali ini mengingatkan bahawa rasa percaya merupakan perangkap yang boleh mengancam nyawa. Apabila tersedar sahaja, maut sudah di hadapan mata. Melarikan diri adalah perkara mustahil. Menyerah begitu sahaja menyebabkan kematian yang sia-sia. Cara paling selamat... jangan sesekali percaya! Sesiapa pun tidak terkecuali daripada pertuduhan, prasangka dan dijadikan suspek utama pembunuhan.

Sutera Bidadari 'Akhirnya Kita Menemui Jalan Pulang' - Sebuah Prapapar Khas dari Ramlee Awang Murshid



Sutera Bidadari telah saya noktahkan kisahnya pada 14 Februari 2011. Cerita ini merupakan lanjutan novel Cinta Sufi. ManuskripSutera Bidadari telah pun saya hantar ke pihak editorial Alaf 21 pada 16 Februari. Insya-ALLAH...Laksamana Sunan akanmenjengah pasaran pada bulan April ini sempena Pesta Buku Antarabangsa. Alhamdulilah...syukur ke hadrat Ilahi atas anugerah serta kurnia ilham, idea, kekuatan minda dan fizikal, kesabaran serta keyakinan.


Sebenarnya ilham untuk menterjemahkan idea ini ke bentuk naskah diraih menerusi doa yang dipohon tanpa henti-henti. Maka yang mengalir dari minda itu adalah anugerah dan yang terbaik kurnia ALLAH. Apabila cerita ini sangat menyentuh hujung hati maka segala puji-pujian hanya layak untuk ALLAH. Andai sebaliknya...itu adalah ketidak sempurnaan saya selaku makhluk.

Baiklah...mari kita bercerita mengenai Sutera Bidadari serba ringkas. Cerita ini terbahagi kepada empat kisah yang saling terkait antara satu sama lain. Saifudin @ Laksamana Sunan tetap menjadi tunjang utama pengisahan ini. Tiga lagi menceritakan tentang Taghut yang menyusuri asal-usul apabila telah lenyap kesaktiannya. Dilanjutkan lagi mengenai Sang Dewi yang mendiami negeri Inderapuri dalam lingkaran Hindi, yang tanpa jemu menyeru Saifudin agar mampir ke sebuah belantara nan luas. Sang Dewi merupakan makhluk sumpahan. Dan akhirnya dibentangkan pula cerita tentang Saifullah di abad ke 21 yang dikenali sebagai pewaris khazanah Maryam – menjejaki Catatan Maryam dan Keris Nanggroe yang telah dicuri oleh Elizabeth.

Pada tahun 1511 – Saifudin bersama Panglima Awang Bagan, Maryam, Luna, Sadik dan anak keponakan arwah Djailuh yang bernama Abdol Rohman telah melakukan pelayaran ke Negeri Atas Angin untuk memburu si Taghut durjana. Semasa mengharungi pengembaraan inilah banyak pancaroba yang terpaksa dihadapi sehingga hampir-hampir melumpuhkan kudrat Saifudin. Dalam Sutera Bidadari banyak watak utama yang dimatikan dengan bersebab. Watak hero tidak selama-lama bertahan kerana mati itu pasti, hidup...insya-ALLAH. Bagaimana pun muncul pula watak hero pada abad ke 21. Sebenarnya...inilah kelazimannya rentetan perjuangan yang benar-benar mengharapkan keredhaan ALLAH TA’ALLA. Sementara watak Haryani pula menjadi watak undangan sahaja dalam Sutera Bidadari.

Seperti novel-novel saya yang terdahulu – banyak kejutan bersifat saspens terbentuk dalam Sutera Bidadari. Bahkan kali ini turut membentur emosi kerana jiwa dan fikiran itu saling sealiran dalam menghadapi erti kehidupan. Maka itu bukan kejayaan kita sebenarnya apabila meraih sebarang kesuksesan dalam merealisasikan penghidupan ini melainkan dengan hanya izin ALLAH semata-mata. Sebab itu...pujilah ALLAH dan kita tidak akan kehilangan jiwa. Sutera Bidadari tidak ketinggalan dihiasi dengan cinta kerana rasa hati itu sangat membahagiakan sesiapa sahaja. Selamat membaca Sutera Bidadari kelak dan sabarlah menunggu Sunan anda kembali ke minda kita semua. Yang baik adalah teladan untuk kita. Yang buruk kita jadikan batasan agar kita tidak tergelincir dengan permainan dunia ini yang sangat bijak berdusta.

Insya-ALLAH jumpa lagi dalam... FIKSYEN 302!

Nota:

Artikel khusus untuk RAMFC. Sebarang petikan dari artikel ini dalam mana-mana medium  samada di blog, facebook, forum mestilah meletakkan semula url rasmi RAMFC iaitu www.kelabram.com. Harap maklum.

Rayyan Fantasi dari tinta Ramlee Awang Murshid



Alhamdulilah…setelah hampir tujuh bulan berlalu, dapat juga dengan izin ALLAH saya noktahkan cerita Rayyan Fantasi. Pada 4 Oktober 2010 – saya hantar manuskrip pada pihak ketua editor Alaf 21, Puan Saadiah. Tugasan Editor akan dilakukan oleh Mazuin – rakan saya semasa di UKM dahulu. Manakala illutrasi kulit buku  oleh saudara Baiem. Segala perbincangan mengenai konsep telah pun diadakan pada hari yang sama. Insya-ALLAH...Rayyan Fantasi akan menjengah pasaran pada November ini.

Baiklah...terlebih dahulu mohon ampun zahir dan batin, maaf yang tersurat mahu pun yang tersirat untuk semua pembaca dan rakan-rakan.
Berbalik pada Rayyan Fantasi. Cerita kali ini agak berbeza berbanding karya sebelumnya, namun masih dalam cakupan lingkaran berkonsepkan thriller. Tagline – apa yang terfikir...itu ada! Terserah bagaimana minda seseorang itu untuk mencapai sesuatu berbentuk realiti mahu pun fantasi. Berhati-hatilah dengan fantasi kerana faktor ini sangat bijak memanipulasikan otak.

Secara ringkas...Rayyan Fantasi mengisahkan tentang seorang anak muda yang bernama Aiddin, berasal dari daerah pergunungan Kundasang, yang mana rahsia susur galurnya dengan sengaja dirahsiakan oleh ayahnya Ibrahim. Ketika melanjutkan pelajaran di UKM, dia telah bertemu dengan Feena dan jatuh cinta. Kemudian...mereka pun bertunang. Dalam usia seawal 20-an itu, Aiddin tidak menyedari sesuatu telah merubah kehidupannya. Dia kerap pengsan. Setelah mendapat rawatan, doktor mengesahkan Aiddin menghidap barah otak tahap empat dan diramal hanya mampu hidup dalam tempoh tiga bulan sahaja.

Pada bulan terakhir kehidupannya, Aiddin mengimpikan untuk mendaki gunung Kinabalu. Impian itu terlaksana tetapi dia hilang semasa menuruni gunung itu. Kehilangannya sangat menggemparkan. Usaha mencari dan menyelamat dilakukan dengan giat namun Aiddin tidak juga ditemui. Hari demi hari, bulan bertukar tahun...dan lima tahun berlalu, Aiddin muncul semula dari kawasan hutan pergunungan. Sejak itu...berlaku beberapa siri pembunuhan ngeri. Aiddin pula kerap mendengar bisikan perempuan. Okey...tunggulah kemunculan Rayyan Fantasi menjengah di pasaran pada bulan November ini. Salam. Sampai jumpa lagi dalam karya SUTERA BIDADARI.

Berharap nukilan ini adalah berita gembira untuk anda semua, sama-sama kita nantikan Rayyan Fantasi menjelma di pasaran tidak lama lagi.

Nota:

Artikel khusus untuk RAMFC. Sebarang petikan dari artikel ini dalam mana-mana medium  samada di blog, facebook, forum mestilah meletakkan semula url rasmi RAMFC iaituwww.kelabram.com. Harap maklum.

Cinta Sufi





Suatu ketika dahulu, ketika menoktahkan cerita Hijab Sang Pencinta, saya mengandaikan itulah pelengkap Trilogi Bagai Puteri (Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu dan Hijab Sang Pencinta), seperti mana saya noktahkan Trilogi TOMBIRUO. Namun apabila ramai yang membaca pengakhir novel Hijab Sang Pencinta, telah melahirkan rasa tidak puas hati. Seperti mana ketidakpuasan hati mereka pada Semangat Hutan, ketika saya matikan watak Amiruddin.

Saya terima SMS dan email yang menzahirkan kekecewaan mereka pada dua faktor – pertama: Saifudin dan Haryani tidak bersatu dan kedua: kenapa matikan watak Saifudin?Malah saya turut menerima email dari Perth Australia yang menyatakan rasa terkilan sangat pada pelengkap trilogi tersebut. Sebagai manusia, saya mula berfikir semula. Encik Norden (Pengurus Alaf21 waktu itu) menasihatkan saya – cukuplah untuk trilogi itu. Maknanya cerita itu kalau disambung agak dragging. Sebagai penulis saya merasa bersalah kerana menjadikanending trilogi tersebut sebagai twist. Berikutan itu juga berulang kali saya menyatakan bahawa Saifudin atau Laksamana Sunan itu tidak mati cuma pengsan saja. Bila saya teliti pengakhir novel Hijab Sang Pencinta itu semula, memang benar Saifudin kelihatan seolah-olah ‘mati’.

Kemudian saya berusaha untuk meraih semangat untuk menjadikan Saifudin muncul semula dalam episod baru. Bagaimana pun tanpa kehadiran dua watak utama sebelum ini iaitu Dani dan Haryani. Maknanya trilogi ini berlanjutan lagi tetapi dalam new session. Pada tahun lalu, ketika mengikuti kursus ESQ di PWTC, saya meminta pada Encik Norden untuk membenarkan saya melanjutkan cerita tersebut. Encik Norden mengatakan – sememangnya ALLAH mahu kau sambung cerita itu. Ini disebabkan cerita itu sentiasa berlegar-legar dalam fikiran dan hati.

Akhirnya saya memulakan Cinta Sufi pada awal november tahun 2009. Hanya berehat selama seminggu sahaja selepas menyiapkan novel 9 Nyawa. Teguran dan kritikan dalam cakap-cakap menerusi SMS atau email mahu pun dalam blog, saya ambil iktibar. Saya diam dan berjenaka bukan bermakna saya tak endah. Saya ambil perhatian tetapi saya tak tunjuk cuma sesekali saja saya meluahkannya dalam blog kelab ram.

Maka fasa berjerih payah pun bermula. Pihak Alaf21 meminta saya menyiapkan untuk pesta buku 2010. Saya tak yakin dapat kejar dateline itu. Saya terus berdoa dan berdoa. Secara logik akal, semua itu tidak akan berlaku. Tetapi saya meminta kepada Yang Maha Tertinggi. Alhamdulilah...doa saya dikabulkan. Saya menghantarkan manuskrip Cinta Sufi dalam tiga peringkat. Peringkat pertama pada pertengahan bulan Januari. Peringkat kedua pada pertengahan bulan Februari dan pengakhirnya dapat ditamatkan pada 26 Februari lalu bersamaan hari Jumaat. Pada hari penghulu segala hari dan hari ulang tahun kelahiran Rasulullah saw. Segala puji bagi ALLAH.

Baiklah...Cinta Sufi sudah siap sepenuhnya dan dalam proses suntingan sekarang. Kalau tak ada aral...pesta buku ini adalah Cinta Sufi itu di pasaran. Sekarang tumpuan untuk screenplayTombiruo pula. Lepas itu Rayyan Fantasi akan mula ditulis. Dalam Cinta Sufi, ada bab di Hulu Melaka yang agak sukar iaitu adegan peperangan. Selajur saya gunakan teknik lensa kamera dengan melakukan scene by scene.

Ada watak-watak sejarah yang saya fiksyenkan seperti Hang Tuah dan Hang Lekiu. Ada watak-watak mitos turut disertakan seperti Puteri Gunung Ledang dan Luna – golongan perempuan di kalangan bangsa Polip. Ada seorang kawan mencadangkan saya kembangkan bangsa Polip, maka dalam Cinta Sufi ia dirungkaikan. Begitu juga dengan siapa sebenarnya Taghut – sejarah ringkas kemunculannya.

Baiklah...mari saya ringkaskan cerita Cinta Sufi:-

Catalina merupakan seorang balu bangsawan Portugis yang kematian suami, belayar ke Tanah Melayu atas saranan Maryam – satu jelmaan berjubah dan berhijab putih yang ditemui apabila Catalina pengsan sahaja. Maryam berjanji akan membongkar satu rahsia besar tetapi pertemuannya mestilah di Hulu Melaka dan Catalina kena mencari seorang lelaki bertanduk dua untuk mengiringi perjalanannya ke Hulu Melaka. Ketika sampai ke Melaka, Portugis sedang menggempur Melaka dan Melaka dapat ditawan. Masa inilah Catalina menemui Saifudin yang pengsan di pantai Punggor. Lalu Laksamana Sunan itu dijadikan hamba sahaya kepada Catalina. Perjalanan ke Hulu menghadapi bermacam rintangan termasuk huru-hara yang dicetuskan Pangeran Garitno (jelmaan Taghut) dan Puteri Kober Gandring yang hampir putus nyawa dikerjakan Saifudin dalam Hijab Sang Pencinta. Anak keponakan Taming Sari hulubalang terbilang Majapahit itu dibangkitkan semula dalam jelmaan pontianak.

Saifudin pula kehilangan kudrat kerana mengalami proses transformasi dari abad ke 21 yang telah memecahkan sel-sel dalaman. Luna pula muncul menagih kasih kepada Saifudin iaitu bangsa manusia pertama yang berjaya menambat hatinya. Begitu juga dengan Catalina yang lama-kelamaan menyenangi Saifudin kerana akhlak lelaki itu. Kesimpulannya – banyak nyawa terkorban dalam mengharungi perjalanan ke Hulu Melaka. Persoalannya – siapa Maryam bersama rahsia besarnya? Mengapa Saifudin digelar ‘lelaki bertanduk dua’? Apakah Taghut mampu dibunuh? Bagaimana dengan campur tangan Luna dalam peperangan antara sesama bangsa manusia? Apakah Saifudin berupaya bangkit menjadi Laksamana Sunan semula? Mengapa Taghut terlalu mendendami Saifudin? Siapakah yang mampu menjinakkan Puteri Gunung Ledang yang terkenal sakti itu? Dan...banyak lagilah.

Untuk anda semua...selamat bertemu dengan Laksamana Sunan sekali lagi dan ia tidak akan berakhir begitu sahaja. Seperti kata Saifudin – tiadalah ia diputuskan di dalam hati.

1 Mac 2010
03.43 petang/ Angkasapuri, Kuala Lumpur.
Ramlee Awang Murshid
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
kiriman email RAM diterima dan dipaparkan eksklusif untuk warga KelabRAM

Artikel ini diperolehi secara eksklusif dari Ramlee Awang Murshid khas untuk RAMFC. Sebarang penerbitan semula artikel ini di mana-mana bentuk media mesti memberi kredit kepada Ramlee Awang Murshid & www.kelabram.com. Penerbitan tanpa kredit kepada pihak kami adalah dianggap sebagai plagiat.

Nukilan Ramlee Awang Murshid - 9 Nyawa Akan Datang...



Oleh Ramlee Awang Murshid

Angka 9 mempunyai makna yang berbeza pada persepsi setiap orang.Sewaktu zaman persekolahan dahulu, saya paling takut kalau mendapat angka 9 pada setiap subjek peperiksaan. Angka 9 sebagai tanda kekalahan atau gagal. Ia paling mendukacitakan. Mujurlah saya mendapat angka 2 untuk sastera dan angka 4 untuk Bahasa Malaysia.

Manakala nyawa pula adalah ‘takungan kehidupan’ pada setiap makhluk yang bernyawa di muka bumi ini atau mana-mana makhluk yang tidak terlihat oleh mata kasar. Walhal hakikatnya...pada akhirnya nanti...hanya ALLAH sahaja yang akan kekal abadi apabila sangkakala pertama ditiupkan Malaikat Israfil. Hatta...Malaikat Izrail yang ditugaskan mengambil nyawa juga akan turut mati.

Semakin dewasa...kerap terdengar mengenai kucing yang dikatakan memiliki 9 nyawa. Saya mendengarnya sekian lama namun langsung tidak singgah di benak untuk difikirkan. Sehinggalah satu hari...anak saya Muhammad Aizuddin mengatakan bahawa kucing mempunyai 9 nyawa. Bertitik tolak daripada itu, saya mula memikirkannya untuk dijadikan sebuah novel.

Alhamdulilah...novel 9 Nyawa telah selesai dan saya serahkan kepada editor Alaf 21 pada minggu pertama bulan Syawal. Sebenarnya cerita itu boleh ditamatkan pada akhir penghujung ramadan. Bagaimana pun...saya melengah-lengahkannya untuk mencari satu penamat yang tragik. Ia dinoktahkan dengan hukuman mati di Penjara Cipinang Jakarta yang dilaksanakan sepasukan regu penembak.

9 nyawa berkonsepkan drama. Ia mengisahkan cerita dua keluarga yang berada di Kuala Lumpur dan Geylang Singapura. Kehidupan mereka berbeza. Watak utamanya adalah Intan Suryani dan Hakim – seorang lelaki cacat penglihatan. Intan Suryani yang menghidap sakit jantung dipercayai ibunya Azizah memiliki 9 nyawa. Kerap kali menghadapi maut namun ajalnya masih bertahan menunjang jasad. Intan Suryani tetap bernyawa sehinggalah suatu ketika dia terperangkap dalam kehidupan antara hidup dan mati iaitu koma.

Hakim pula dapat mendengar suara Intan Suryani yang bernyawa dalam keadaan halimunan. Tragedi ini berlaku di Singapura. Antara dua kehidupan tidak menghalang untuk Hakim membantu Intan Suryani. Hanya berdasarkan suara sahaja tidak menghalang ‘mata hati’ itu untuk melihat kebenaran. Hakim yang cacat penglihatan juga menggunakan ‘mata hati’ untuk melakukan kebaikan.

9 nyawa saya sifatkan tidak terlalu ganas dari aspek tindakan watak-wataknya. Ia berkonsepkan drama yang mementingkan ‘cara penceritaan’ berbanding ‘tindakan’. Apa pun...9 nyawa masih dalam bentuk thriller. Menumpukan aspek pengorbanan yang seharusnya dilakukan secara tulus ikhlas. Percayalah...kebaikan itu pasti akan dibalas dengan kebaikan juga. Kejahatan pula pasti akan menerima hukuman. Ia dasar biasa dalam aspek penceritaan tradisional mahu pun masa kini. Yang ingin saya tekanan di sini adalah...’Mata Hati Tidak Pernah Berdusta’. Salam hormat...insya-ALLAH...jumpa lagi dalam CINTA SUFI.

Antara dialog yang dikekalkan dalam CINTA SUFI nanti adalah seperti – ‘Maukah kamu mendengar tawaranku?’ dan ‘Sebagai manusia...aku sayang padamu’.

Ulasan Novel - MIKHAIL - Ramlee Awang Murshid

-Aku bukan sekadar Mikhail pada sebuah nama, tapi aku adalah sesuatu yagn dicipta. Dicipta untuk merealisasikan impian. Memburu dan diburu di bawah satu nama yang sama... - 

16 tahun hidupnya bagai pelarian di bumi asing. Mikhail muncul untuk misi belas dendam yang bertapak dalam sanubari setiap kali pintu kemarahan masa silamnya dibuka. Tragedi berdarah pembunuhan keluarganya sering diimbas oleh Uncle Dickens, orang yang telah menyelamat dan menjaga dirinya yang merupakan satu-satunya waris tunggal bagi keluarga Tuan Sadon. Malah Uncle Dickens jugalah yang bertanggungjawab menjadikan dirinya seorang yang berani mati untuk menuntut kembali segala hutang piutang dari rakan kongsi perniagaan arwah ayahnya Tuan Sadon. 


Namun dalam kekuatan dan kebejatan yang dibentuk dalam dirinya,dia mengidap sejenis penyakit paranormal apabila retina matanya terdedah pada pantulan cahaya matahari atau silauan lampu yang terang lagi tajam. Tanpa di kawal, dia akan terlontar pada satu dimensi antara illusi dan realiti yang tidak pernah dia tahu di mana malah dia juga ditamu dengan watak-watak yang seakan dekat dengan dirinya. Tahir dan Mahmud, namun dia tetap gagal dalam misi mengingati segala peristiwa. Malah hidupnya juga kosong... kosong tanpa kenangan silam yang mampu di kenang. 


Apa yang dia ada hanyalah cerita dari Uncle Dickens tentang kematian keluarganya yang dibunuh dengan kejam. Kenangan itulah yang menjadi barah dalam hati yang sering membuka pintu kemarahan untuk dendam bertamu lantas mengatur langkahnya dalam bertindak. Dia tidak pernah gentar melakukan pembunuhan demi menuntut keadilan dengan caranya tersendiri. 


Akan tetapi misinya di Malaysia bagai membuka hijab yang sekian lama tersembunyi. Cinta yang tidak pernah dihiraukan bagai melambai bila pertama kali dia melihat potret Reina Raihana. Dia jadi tidak tega untuk membunuh gadis itu apatah baginya gadis itu tidak wajib memikul dosa yang dilakukan oleh orang lain. Justeru itulah akhirnya dia diburu dan dijadikan target andai dia gagal dalam misi yang diamanahkan. 


Mampukah Mikhail bertahan... siapakah dalang disebalik semua pembunuhan rakan-rakan niaga Tuan Sadon. Mr Yap, Mr Sundram mati di tangannya tapi bagaimana dengan Saiful, Datuk Seri Tan... Pembantu Jack, Datul Bakri dan Jack sendiri... Siapa yang bergelar sharpshooter selain dari dirinya? Mengapa note 1USD dijadikan sebagai killer singature untuk setiap yang menjadi mangsa. 


Mengapa tiba-tiba Kharis menjadi seorang yang agresif selepas berada di dalam tahanan reman dan mengapa dia di tahan... Benarkah Tuan Sadon sekeluarga mati dibunuh oleh rakan-rakan kongsi yang berpaling tadah? Segalanya tersingkap dalam satu hijab yang hanya akan terbuka di akhir kalam seorang Mikhail. 


Apa kata aku:- 


Satu penjelajahan emosi yang sarat dengan kisah di sebalik kisah. Tentang penculikan, pembunuhan, kerakusan manusia yang tamakkan kuasa.Menyingkap keperbagaian isu yang melanda dunia dari kacamata seorang penulis. Garapan Ramlee Awang Mursyid kali ini jauh berbeda dari novel-novelnya yang terdahulu. Pada aku Mikhail membawa isu global. Isu yanga bukan sekadar untuk di pandang, tapi untuk difikirkan. Isu yang boleh menentukan jatuh bangunnya sebuah bangsa dan negara. 


Apabila wang sudah memainkan peranan, makan tidak mustahil yang waras bisa gila. yang celik boleh buta dan yang bijak akan diperbodohkan oleh kebijakannya sendiri. Bagaimana kuasa wang memainkan peranan yang cukup besar dalam mengukuhkan kuasa, menidakstabilkan pertimbangan akal hingga sanggup mengadaikan dan maruah diri dan bangsa itu sendiri. Ramlee Awang Mursyid memanipulasikan segala isu ini dengan gaya penuh kreatif untuk menyuntik kesedaran buat semua golongan tak kira bangsa, agama dan latar belakang kerjaya. Menyindir dalam sinis pada sesetengah golongan yang cukup taksub mengejar wang dalam kerakusan kuasa. 


Sesungguhnya menatap Mikhail bagai memberi kita ruang untuk berfikir... memikirkan natijah yang bisa berlaku andai kita terus alpa dengan permainan yang dipersembahkan oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab. Sesungguhnya tiada istilah bosan walau plotnya sering melangkau ke serata tempat di dunia, cumanya kita perlu lakukan sedikit pengorbanan dengan penumpuan yang tidak sedikit ditagih.


Apapun unsur flashback akan setiap kejadian silam memainkan peranan dalam membantu pembacaan agar tidak tersasar dari titik fokus plot yang seterusnya. Unsur suspen, beremosi, tanda tanya berjaya memainkan emosi pembaca. Rasa ingin tahu siapa di sebalik setiap hijap kejadian yang bagaikan bayang-bayang menjadikan buku ini sukar untuk kita lepaskan sebelum bertemu titik penamatnya. 


Apa pun, ada dua perkara yang menjadi sedikit tandatanya: 



Pertama: 


Dalam frasa lima mukasurat 22, tidak dinyatakan habuan yanag diterima oleh Saiful atas persetujuannya menjadi corporate hitman. Sekadar penyataan jumlah sebanyak 100 000 sahaja.


[sebagai pembaca aku tertanya juga... apakah habuan itu dalam bentuk USD atau RM kerana ada juga dalam beberapa frasa yang lain dinyatakan habuan yang diterima oleh si penyanggup dalam RM... Jadi rasanya pada frasa ini juga sepatutnya diletakkan nilai matawang tersebut supaya pembaca tidak tertanya-tanya.] 


Kedua: 


Dalam frasa dua muka surat 348, Dialog antara Mikhail dan Zetty Erlina yang berbunyi 


“Reina Raihana, macam mana Zetty Erlina?” Mikhail bersuara perlahan. 


Waktu ini Mikhail yang merupakan suspek sedang dibawa oleh Zetty Erlina ke balai polis untuk ditahan. Jadi bagaimana wujudnya Reina Raihana di sini. Rasanya itu adalah dialog antara Mikhail dan Zetty Erlina yang menanyakan keadaan Reina Raihana bukannya Zetty Erlina. 


Tapi aku tidak melihat kesilapan itu sebagai sesuatu yang mencacatkan.Mungkin unsur terlepas pandang sewaktu proses editing dijalankan telah mewujudkan kesilapan kecil sedemikian. Secara keseluruhan novel ini memang best... kelainan dengan rentak yang dimainkan oleh abang Ramlee membuatkan beliau terus betah mencanai identiti sendiri. 


Syabas buat Abang Ramlee Awang Mursyid yang pada pengiraanku novel kali ini mengenengahkan satu penampilan yang berbeda dari yang telah aku baca sebelum ini. Moga masa-masa akan datang nukilan Abang Ramlee akan lebih mantap dengan isu yang pastinya tak kurang hebat dari yang telah ada. Tahniah sekali lagi.... 


Kalau sudi, jemputlah datang ke ladang anggur saya pada 29 February. Jangan risau, tiket penerbangan akan saya taja. Ajak sekali Reina Raihana dan Tahir. Itupun kalau saya masih bernyawa di bumi sementara ini... 



http://alaf21fc.blogspot.com/2009/03/ulasan-novel-mikhail-ramlee-awang.html

Personal Justice



ADAM versi inggeris

Sinopsis
When Hilman met his daughter Jeslina in New York, after years of separation, they were both happy beyond compare. However, their happiness were short-lived when they were involved in road accident.

Jeslina went into coma while Hilman was accused of drunk driving. In that chaotic situation, Mia Sara, an officer from Malaysian Embassy in Washington D.C, appeared. With her help, Hilman was advised to appear in court.

But, when Hilman found out about a conspiracy to hide the real cause of accident, he decided to seek justice on his own.

As a sharpshooter in the Malaysian Royal Police, survival was his playground. His investigation on the conspiracy, finally, led him to the White House!

And, Hilman was never in awe standing before its door...

Bahagian ketiga Ungu Karmila, sukar untuk saya berhenti membaca



Pada hemat saya, novel Ungu Karmila terbahagi kepada empat bahagian besar. Bahagian pertama merupakan sejarah awal Ungu Karmila, dari halaman 4 hingga ke 81. Bermula dari halaman 82 sehingga ke 290 penulis Ramlee Awang Murshid memberikan tumpuan kepada plot-plot yang berhubung kait dengan watak-watak utama. Seterusnya debaran sebenar bermula tatkala berkumpulnya watak-watak utama di pejabat Arafat, iaitu bahagian ketiga, dari halaman 291 sehingga ke 456. Bahagian terakhir lebih kepada plot selepas terbakarnya Vila Sunyi di Puncak Rimba, Cameron Highland, dari muka surat 457 hingga ke epilog.

Bahagian pertama agak hambar. Namun ia penting sebagai pengenalan kepada sejarah Vila Sunyi dan bunga Ungu Karmila. Pendekatan berlainan dari novel-novel terdahulu Ramlee menampakkan kejayaan. Penulis berjaya menggarap plot dan menjalin peristiwa di Vila Sunyi dengan amat baik. Bait-bait pendek dan mendebarkan. Bahagian ketiga ini menyukarkan saya untuk memberhentikan pembacaan saya.

Satu kekuatan Ramlee dalam novel ini beliau berjaya ‘menipu’ pembaca. Salah satu ialah plot yang dinukilkan selepas kejadian ngeri di mana semua pemburu hantu mati di Vila Sunyi. Saya berjaya ‘ditipu’ oleh Ramlee dengan watak Dr Ismadi bercakap-cakap dengan Ema, walhal pada waktu itu Ema sudah mati! Saya sedar watak Ema mati apabila kembali merujuk kejadian “tengkok Ema terlanggar salah satu tiang tangga semasa jatuh tergolek dari tingkat atas.”

Dalam pada itu, ungkapan “Ia makan untuk hidup tetapi ia tak pernah minum” menjadi satu misteri tersendiri. Saya mencari-cari apa maksudnya sehingga hampir ke penghujung cerita. Di situ baru jumpa.

Gabungan unsur mistik dan kajian sains moden di bahagian terakhir novel ini berjaya dijalin dengan menarik oleh Ramlee. Di sini Ramlee cuba untuk mengaitkan kejadian hilang akal, gila dan halusinasi beberapa watak dengan kajian terhadap bunga Ungu Karmila oleh Dr Ismadi. Penulis berjaya mencipta plot bahawa kejadian aneh dan unsur mistik itu boleh dijelaskan dengan penemuan sains.

Beberapa ralat, saya kira, adalah seperti berikut:
1) Halaman 203: “BADO senang mendengar impian Kamarul yang serba kekurangan itu.” Sepatutnya bukan BADO tetapi DINO.
2) Di kulit belakang, ada dinyatakan Vila Sepi, tetapi di halaman dalam pula semuanya merujuk kepada Vila Sunyi. Silap taip mungkin?

Walaupun begitu, ralat di atas tidak pula mencacatkan ‘debaran’ yang Remlee paparkan!


Sinopsis : UNGU KARMILA
ATAS nama cinta... mahligai impian itu dibina. Vila Sepi menjadi mahar kasih Arif terhadap isterinya, Karmila. Namun, tragedi dahsyat memusnahkan kegembiraan yang dikecapi.

Beberapa tahun berlalu... vila yang ditinggalkan dikatakan berhantu. Jikon, seorang pemuda Orang Asli bagai digamit memasuki vila itu. Akhirnya, dia menjadi korban pertama.

Setelah itu, mistik di vila itu tiba-tiba sepi. Masyarakat Orang Asli percaya ‘sesuatu’ yang berada di situ sedang ‘tidur’. Tiada siapa berani mengusik. Jika ia ‘terbangun’, maka pembunuhan pasti terjadi lagi.

Ema, seorang wanita masyarakat Orang Asli yang berpendidikan, secara diam-diam berusaha meneroka vila yang menjadi lambang cinta Arif dan Karmila itu. Secara tidak sengaja, dia telah ‘membangunkan sesuatu’ di dalam vila berkenaan.

Arafat, abang Arif telah menugaskan beberapa orang yang dipercayai untuk membongkar misteri pembunuhan itu. Namun, satu kuasa jahat telah memburu mereka sehingga mengancam nyawa. Tragedi silam berulang kembali!

RAMLEE AWANG MURSHID, sekali lagi meneroka alam mistik di sebalik saspens UNGU KARMILA. Mereka yang `jahat’ sahaja dapat mengalami rahsia di sebalik kisah berdarah di Vila Sepi... hingga tidak sanggup lagi untuk berbuat dosa! 

Hijab Sang Pencinta - Ramlee Awang Murshid



Sinopsis

RASA rindu terhadap keluarga menggamit hati Saifudin merentasi Tanah Sumatera untuk pulang ke Punggor, Tanah Melayu. Namun, kejahatan seolah-olah memburunya. Setiap langkahnya dibayangi halangan yang tak berkesudahan.

Berita kepulangannya di Tanah Melayu sampai ke pengetahuan Sultan Melaka. Kemarahan baginda kerana tidak dapat mengahwini Haryani menyebabkan dia mula menjadi buruan orang istana.
Saifudin lari ke gua. Di situlah bermulanya satu lagi keajaiban. Jasadnya berpindah merentasi hijab masa untuk sampai ke abad 21. Sekali lagi Saifudin bertemu dengan Haryani dan kisah cinta yang melangkaui masa mekar semula.

Namun, kejahatan yang senantiasa mengiringi setiap injak kakinya masih mengekori. Kali ini tebakan musuh durjana mengakibatkan sengketa yang tercetus di langit berlaku lagi.



Dari Kacamata Carriekirana:
Cerita yang mantap selalunya mengandungi peperangan/konflik di antara kebaikan dan kejahatan. Intipati ini sering menjadi esen kisah-kisah popular sepanjang zaman seperti meletupnya cerita Harry Porter karya J.K. Rowling. Walau kisah Harry Porter berkisar di alam ahli sihir yang satu ketika dulu pernah mencetus kontroversi di kalangan umat Islam tetapi saya lebih melihat keunikan cerita ini daripada perspektif yang lebih terbuka - kebaikan selalunya mengatasi kejahatan. Intipati ini juga diadun dengan kukuh dalam Hijab Sang Pencinta - trilogi pelengkap kepada kisah epik thriller Bagaikan Puteri.
Genre epik thriller ini berjaya dihidupkan dengan baik dalam kisah Hijab Sang Pencinta. Genre ini jarang-jarang dipelopori oleh penulis-penulis tanahair tetapi sejak akhir-akhir ini PTS juga mengorak langkah cergas menerbitkan kisah-kisah epik thriller yang ditujukan khas untuk remaja lelaki.

Gabungan elemen cinta dalam Hijab Sang Pencinta walau tidak diterokai secara mendalam tetapi masih mampu memaniskan kisah Hijab Sang Pencinta. Watak Saifudin sebagai seorang ahli sufi kelihatan begitu realistik sekali dengan kelebihan yang dikurniakan kepadanya oleh Tuhan Maha Pencipta.
Banyak ilmu-ilmu berguna yang diturunkan oleh RAM dalam kisah ini yang wajar dijadikan pedoman. Kali ini, gabungan fakta dan fiksyen lebih "lembut" jika dibandingkan dengan karya-karya RAM terdahulu lalu saya tidak merasakan saya membaca artikel dokumentari.

Hijab Sang Pencinta mempunyai auranya tersendiri dan sebenarnya trilogi Bagaikan Puteri ini sesuai untuk dizahirkan dalam medium tv.
Bagi peminat RAM, karya ini adalah karya yang harus menjadi koleksi peribadi. Selepas membaca karya ini, fikiran saya masih lagi berputar memikirkan mesej yang cuba diserap dalam trilogi Bagaikan Puteri. Memang plot ceritanya menguja saya untuk terus mengikuti kisah ini tetapi jiwa cerita ini lebih kuat sebenarnya dalam Cinta Sang Ratu.

Wallahualam.

Novel CINTA SANG RATU - Ramlee Awang Mursyid


Novel CINTA SANG RATU oleh penulis thriller Ramlee Awang Mursyid

Sesungguhnya dah begitu lama saya tak membaca novel .... kalau ikutkan ... saya memang peminat novel sejak sekolah rendah hingga kini... cuma setelah berkerjaya... sebagai guru...saya mendapati masa untu membaca semakin merosot.. mungkin boleh terus membaca selepas ini kut..

Saya amat tertarik dengan Tajuk buku ini " CINTA SANG RATU "termasuk kaption - 


Tatkala cinta berbisik
Suaranya memuji Tuhan
Pabila rindu terusik
RasulNya jadi pilihan... 

Begitu menarik saya untuk terus membaca... bukan apa.. kalau dah mula membaca.. apa perkara lain saya tak dapat buat dengan lancar.. yalah.. selagi tak habis.. tidur tak lena dibuatnya.. jadi tak tenang rutin hidup saya selagi tak habis.. Contohnya membaca buku ini ... begitu asyik dan nak tahu kesudahannya dengan cepat... Saya terpaksa disiplinkan diri ...Jangan baca muka surat terakhir.. untuk menghayati cerita sebenar..

Bila saya baca buku ini... saya teringat rakan penulis saya..Shamsiah Moh Nor.. juga novelis terkenal.. yang punya gaya persembahan cerita hampir sama... menyelitkan info tambahan ...
dan menarik buku ini.. diselitkan petikan terjemahan dari ayat-ayat AlQuran dan banyak dikaitkan dengan sunnah Rasulullah (saw).. dan penceritaan melibatkan 2 zaman tu...mula tu keliru juga.. lama-lama saya dapat mengikut rentak cerita.. yang memang thrill...bertepatan dengan genre buku ini ..thriller..

Rasanya berbaloi juga saya memberi ruang masa untuk membaca novel ni.. dan ini menarik saya mencari info lebih lanjut tentang penulisnya.. Ramlee Awang Murshid ..yang baru saya kenal.. Maklumlah ..Saya golongan era A.Samad Said ..Shanon Ahmad..Usman Awang .. dan seangkatannya.. termasuklah Pak HAMKA.. novelis idola saya. Insyaallah...saya akan terus menjadi peminat setia penulis ini..

Cara penulisannya ..memberi ilmu dan menambah ilmu.. iaitu segmen Ilmu ...satu perkara yang tak pernah saya tahu.. ialah : Dikatakan wujud makhluk bernama Bangsa POLIP .. makhluk manusia mempunya sayap.. sama dengan pari-pari suci (yg selalu terdapat dlm dongeng Indon).

Dikatakan juga Allah telah mencipta 18 umat yang berbeza-bezadi bumi ini sebelum Nabi Adam as. Izinkan saya ambil petikan ini ..utk rujukan kita bersama..

  • Ada yg memiliki sayap dan suaranya gemerincing (pari-pari suci )
  • Ada yang bertubuh spt singa dan berkepala spt burung , memilik rambut dan ekor dan suara bergema.
  • Ada yg memiliki dua wajah , satu di depan , dan satu lagi di belakang dan memiliki banyak kaki.
  • Ada yang memiliki tangan dan kaki spt manusia dan suara mereka spt jeritan bangau.
  • Ada yg memilik wajah spt manusia, punggungnya spt kura-kura, kepalanya bertanduk dan suaranya spt gonggongan anjing.
  • Ada yang berbulu putih dan berekor seperti lembu.
  • Ada yang memiliki taring spt. babi dan telinga yang panjang.
Dikatakan bahawa umat-umat ini melahirkan keturunan sehingga menjadi 120 umat.
ALLAH S.W.T. tidak menciptakan makhluk yang lebih utama, lebih baik dan indah daripada manusia. wallahuallam.




Sinopsis:


Pastinya anda ingin mengetahui cerita seterusnya setelah membaca Bagaikan Puteri. Apa yang berlaku kepada Laksamana Sunan dan Haryani? Akhir kurun ke-15, Ratu Sulaman terus memerhatikan kerumunan orang ramai. Dia tertinjau-tinjau dan mengharapkan Laksamana Sunan segera bangkit. Seketika tadi dia berjaya melepaskan sebilah anak panah tepat ke belakang lelaki itu. Jantungnya kini bagai direntap kasar apabila melihat jasad Laksamana Sunan diusung beramai-ramai. Hatinya rawan teringatkan ucapan lelaki itu kepadanya.



Awal abad ke-21, bersendirian di bilik tidur, Haryani meraih ingatannya kepada Dani. Lelaki yang telah menyelamatkan nyawanya itu kini hilang sewktu tsunami melanda Aceh. Harapan untuk Dani hidup amat tipis. Tidak mungkin Dani selamat dari badai ombak itu. hanya kata-kata Dani sahaja yang menjadi pengubat resahnya.


Inilah kisah pertembungan dua zaman yang pastinya membuatkan anda sayang sekali untuk meninggalkan walaupun satu perkataan kerana ceritanya semakin PANAS!!!

Hatiku Di Harajuku

Hatiku di Harajuku by Ramlee Awang Murshid
Terbitan Alaf 21 Sdn. Bhd 2006


"Biar betapa jauh hatiku sentiasa di sisimu"


Cerita yang tidak meleret tapi kisah kekejaman dunia yakuza kurang menarik perhatian saya. Struggle jugakla nak habiskan separuh kisah ini. Saya tak sangka juga yang siri pembunuh yakuza yg berlaku di Jepun dilakukan oleh Noriko. Kagum pulak saya dgn watak yang nak kata 'hitam' tak 'hitam', 'kelabu' tak 'kelabu' si Noriko. Saya sangat sangat sangat sangat suka citer ini selepas kembalinya Risyam ke Malaysia. Konflik dan misteri yang ditaburkan sangat menarik berbanding kisah Risyam-Sabrina-Noriko di Jepun. Dan yg penting sekali endingnya! Sungguh tak disangka. Marvellous! tak rugi spend masa hingga melepasi tengah malam utk menghabiskan kisah ini. Noriko memang sentiasa menjadi element of surprise dalam kisah ini sehingga ke muka surat terakhir! Thanks Ramlee Awang Murshid for the surprising ending :)


Kisah cinta yang dipaparkan dalam novel ini kurang feel tapi saya suka garapan ungkaian konflik identiti Risyam dan situasi2 yang melibatkan Risyam bersama imam Daud & Dr Rafika. Ada scene2 yg sangat menyentuh perasaan dan membuat saya menangis. Ada yg mendapat peluang kedua utk meneruskan hidup di landasan yg betul, juga peluang kedua utk mengabadikan cinta sejati kerana mungkin peluang ketiga tidak akan muncul lagi.


Tergelak jugak biler Rafika komen yg wajah Risyam seiras Felix AF! haha.. dah la citer pasal Jepun (tagline Akma AF kan 'konnichiwa!') hmm budak2 jiwangunited bleh aar cari novel ni hehe.


Kisah ini tentang Ryu Watanabe/Risyam, bekas Yakuza, ahli kumpulan pembunuh kejam di Jepun, ala2 mafia lah. Cinta Noriko yang menjadikan Ryu Watanabe seorang Yakuza Amikie yang digeruni, namun perkahwinan Noriko yg diatur ayahnya melumatkan hati Ryu lalu membawa diri ke Malaysia dan menyamar sbg sorang yg dungu. Dia insaf dan kembali ke jalan Allah dgn bantuan Imam Daud. Siri pembunuhan ala yakuza di Jepun menggamit perhatian Risyam. Dikatakan pembunuhan2 itu angkara Ryu Watanabe. Risyam ke Jepun utk menyingkap misteri tersebut. Sabrina (bos Risyam di Malaysia) menaruh hati pd Risyam kerana Risyam pernah menyelamatkannya. Dia yakin Risyam ada identiti tersembunyi. Sabrina menyusul Risyam ke Jepun. Pertembungan Risyam-Noriko-Sabrina menyulitkan lagi keadaan mereka yg diburu yakuza jiro yang mahu melenyapkan yakuza amikie dan mengambil alih kuasa secara total. Risyam sygkan Noriko dan pd masa yg sama terharu dgn perhatian SAbrina utk nya. Noriko penuh dgn dendam terhadap yakuza jiro yg membunuh suami dan ayahnya serta kumpulannya. dendam itu makin menggunung dgn kehadiran Sabrina yg dianggap meragut cinta Risyam utk nya. Selepas selesai isu penculikan SAbrina di Jepun dia kembali ke Malaysia bersama harapan yg Risyam akan menyusul tak lama kemudian setelah menyelamatkannya.


Kematian Noriko mematahkan semangat Risyam namun ada harapan utknya di Malaysia. Namun kepulangannya menimbulkan keraguan di hati Sabrina apabila bermulanya pembunuhan ala Yakuza di Kuala Lumpur.


sure fine whatever
rinn


Sinopsis belakang buku:


Ryu-Watanabe berasa tidak dirahmati; lahir di penjara dan membesar di rumah kebajikan. Dia seorang yakuza yg digeruni. Malah seorg samurai yg mahir bermain pedang. Jenayah adalah gelanggang permainannya dan penamat kepada permainan itu adalah maut.

Sabrina tertarik mendengar kisah cinta yakuza~ Ryu-Watanabe dan Noriko. Ia bagaikan sebuah mitos yang tidak pernah terungkai. Tersimpan menjadi sebuah rahsia yg tidak pernah terbongkar. Terpengaruh dgn kisha itu, Sabrina bersetuju menerima pelawaan Murni utk melancong ke Tokyo. Di Harajuku, mereka mencari Ryu Watanabe.


Dan, bagaikan kebetulan... saat inilah Ryu-Watanabe muncul. Benih cinta tumbuh subur walaupun ia bukan pandang pertama. Noriko cemburu dan berdendam. Akhirnya cinta tiga segi itu menjadi percintaan berdarah. Tou Aii atau pedang cinta menjadi saksi pertumpahan darah itu berlaku. Cinta tidak selalunya indah. Ia kadangkala berkalang noda.


Hatiku di Harajuku adalah debaran mengasyikkan sentuhan Ramlee Awang Murshid. Diwarnai cerita cinta yg menggugah hati. Pertarungan yg mencemaskan, saspens, konflik jenayah serta sebuah kisah keluarga menyayat hati. Sayonara - ungkapan yg tidak akan anda gemari.


Sinopsis di website alaf 21


Ryu-Watanabe berasa tidak dirahmati; dilahirkan di penjara dan membesar di rumah kebajikan. Sepanjang hidupnya tidak pernah tenteram lalu membawa diri ke Jepun. Dia menyertai satu kumpulan yakuza dan menjadi samurai yang mahir bermain pedang. Jenayah adalah gelanggang permainannya dan penamat permainan itu adalah maut.


Dalam kumpulan itu, dia jatuh cinta dengan Noriko. Kisah mereka dan kumpulan yakuza menjadi tarikan kepada Sabrina untuk mengetahui dengan lebih lanjut. Dia bersama Murni melancong ke Tokyo untuk mencari Ryu-Watanabe.


Adakah mereka dapat menemui Ryu-Watanabe? Siapa sebenarnya Ryu-Watanabe itu? Adakah dia menyesal menganggotai kumpulan yakuza dan menjadi samurai? 


http://novelcinta.multiply.com/reviews/item/293

Rahsia Perindu di Besut, bersama hujan lebat



Novel Rahsia Perindu berjaya saya habiskan semasa berada di Besut. Novel ini sudah saya beli pada tahun 2005, terbitan pertama, namun baru dibaca. Ok, ceritanya memang mengelirukan, ada kisah dalam cerita dan ada cerita di sebalik kisah. Bersimpang siur dengan watak-watak yang saling bertukar, dunia realiti dan fantasi saling bertemu dan terpisah. Benar kata penulis, hati-hati dengan realiti, kemungkinan ia sekadar fantasi.

Seperti biasa saudara Ramlee cerdik memainkan dan memberi warna kepada watak dan persekitaran. Ada ketika bila saya rasa itu realiti, tetapi ternyata fantasi atau persekitaran dalam dunia halusinasi, dan sebaliknya. Watak utama Maria dan Amylia yang memiliki dua dunia, menjadi tunjang kisah di sebalik cerita. Penulis amat berjaya mencorakkan ‘dunia’ dalam Rahsia Perindu.


Sinopsis begini:


Amylia bersetuju membela seorang penjenayah yang kemungkinan besar akan menghadapi hukuman mati mandatori kerana membunuh. Setelah meneliti mental anak guamannya, Amylia mendapati sesuatu yang tidak munasabah berlaku. Dia memohon perintah mahkamah untuk mendapatkan khidmat doktor psikiatri bagi melakukan proses psikoanalisis.

Dr. Azlan mendapati anak guaman Amylia bernama Leopard mengalami gangguan mental. Pada masa yang sama, usahanya membela Leopard mendapat rintangan. Amylia yang diburu ketakutan mengalami perubahan emosi. Namun begitu, dia tidak mudah mengalah walaupun nyawanya sentiasa diburu maut oleh pembunuh yang sentiasa mengintai pergerakannya.
Adakah kisah di atas realiti atau sekadar cerita di dunia halusinasi? Ternyata bahawa ia adalah dunia di dalam minda bawah sedar watak utama. Jadi apakah cerita sebenarnya? Saudara harus baca untuk mengetahui kisah di sebalik cerita.

Ramlee bermain psikologi, bermain dengan dunia di bawah minda sedar, juga menyelongkar sutera cinta dan kasih sayang. Rahsia Perindu menyingkap rindu, menelusuri dendam dan hasad dengki serta menyentuh isu ketuhanan.



http://www.kelabram.com/2009/01/rahsia-perindu-di-besut-bersama-hujan.html

BAGAIKAN PUTERI



" Apabila hujan turun , melimpahlah air dari perbukitan , aliran menujah ke batu , melekuk tanda waktu beralih, seiring nyawa menghanyut usia, sejalan nafas melangkah ke hujung "
------------------------------------------
Sinopsis:
Haryani dan Laksamana Sunan... saling jatuh cinta. Pertemuan kedua insan ini dalam satu dimensi di luar batas jangkauan manusia , malah sukar diterima logik akal. Mereka dari zaman yang berbeza.

Haryani terperangkap dalam perkelahian antara kebaikan dan kebatilan manusia. Perjalanan yang panjang, penuh ranjau dan cabaran membuatkan Haryani dan Saifudin mendiamkan sahaja cinta yang terpendam.

Dani... pertama kali melihat Haryani yang terlantar koma di hospital terus jatuh hati. Dia berusaha membawa haryani kembali semula ke abad 21.

Antara dua lelaki , Haryani terpaksa membuat pilihan. Antara dua nyawa dalam jasadnya; sama ada tinggal bersama Laksamana Sunan pada penghujung kurun ke 15 atau kembali semula ke abad 21. Tiada dua kehidupan dalam zaman yang berlainan. Salah satu kehidupan itu mesti mati.
----------------------------

Salam dan Salam pada semua... , seronok juga rasanya bila kembali 'mengulangkaji' Trilogi Cinta Epik ni. Otak ligat berfikir , sekiranya RAM hendak menyambung kehebatan rantaian kisah cinta dua zaman , sudah tentunya klu atau pembayangnya berada dalam ketiga-tiga novel sebelum ini. Oleh itu , marilah kita sama - sama mengorek semula kisah cinta purbakala yang bersilang paksi dengan dimensi masa kini. Fantasi mungkin menjadi realiti...
Aku mulakan dengan Bagaikan Puteri.

Babak dimulakan dengan memperkenalkan watak-watak peneraju utama kisah pengembaraan yang hebat ini. Ketokohan
dan keperkasaan Saifudin ditonjolkan apabila dia dan Djailuh menentang Beragas. Keris Nanggroe serta Mushaf dalam tulisan jawi adalah juga merupakan elemen pembantu dalam menguatkan pertalian cerita. Haryani yang koma selepas satu kemalangan telah melangkau dimensi masa , kembali ke zaman lampau dan bertemu dengan Saifudin.

Protagonis utama dalam siri pertama ini ialah Nyi Burga Kelara. Kejahatan dan kekuasaan yang dimilikinya membuatkan jalan kisah Bagaikan Puteri bertambah menarik. Seperti buku bertemu ruas , itulah ungkapan yang sesuai untuk dipadankan dalam permulaan siri trilogi ini.

Lebih menarik lagi apabila , RAM menyilangkan kisah dua zaman ini dengan unsur sejarah dan hikayat Melayu. Kewujudan watak dari Kesultanan Melayu Melaka serta watak Laksamana Hang Tuah juga memberikan impak yang besar . Para pembaca akan terus terjerumus dalam 'ruang fantasi' apabila kotak minda sudah tentunya memainkan semula cerita-cerita dari filem melayu lama, kisah pendekar , kisah Hang Tuah... Pelik tapi benar , aku terbayangkan semuanya dalam versi hitam putih... klasik... RAM bijak bermain dengan emosi pembaca dengan pada awalnya seolah memberikan kemenangan pada Laksamana Sunan , watak utama cerita ini. Tetapi untuk membuatkan pendekar atau lagenda seperti Hang Tuah tewas juga merupakan satu pertaruhan yang tidak elok. Komplikasi dan reaksi umum mungkin akan sedikit terkilan. Bertolak ansur , bijak , semangat kependekaran / kepahlawanan... Seri itulah yang diberikan oleh RAM... Tidak ada yang tewas...

Penamat siri ini juga amat berkesan , apabila dikaitkan dengan peristiwa tsunami yang baru sahaja berlaku pada penghujung tahun sebelumnya. Apakah yang terjadi pada Dani ? Adakah Haryani akan kembali bertemu Saifudin? itulah soalan bagi petunjuk untuk siri seterusnya dalam Cinta Sang Ratu...


Lirik lagu berdasarkan novel Bagaikan Puteri:

NOVELA CINTA - ROSS


Sehitam awan disana
Bermurung kerna cinta
rasa jasad melentur, ketika nafasku bersamanya

Seluas awan disana,
menghimpun seribu harapan
Jika dapat ku capai maka sakti lah hamba..

Masih ada lagi cinta dihatiku
Utuh menanggung rindu
Setiaku hanya padamu
Cinta kita tak terbatas waktu
Andai kasih kita tak bisa bertahan
dan beku dalam kenangan
Dalam dada ada namamu
tak bisa hati melepaskanmu...

Seaggungnya cinta, antara kita berdua
Sekedar jalan yang tanpa harapan
Redhalah pada Novela Cinta kita
Cerita sedih yang sudah tertulis akhirnya

Masih ada lagi cinta dihatiku
Utuh menanggung rindu
Setiaku hanya padamu
Cinta kita tak terbatas waktu
Andai kasih kita tak bisa bertahan
dan beku dalam kenangan
Dalam dada ada namamu
tak bisa hati melepaskanmu...

tak bisa hati melepaskanmu...x3