Wednesday, February 27, 2013

Aku Bercerita

 


Assalamualaikum.

Alhamdulillah diberi kesempatan untuk tulis sendiri pengalaman baca novel RAM. Rasa teruja jugak sebab cerita-cerita dalam novel ni rasa sangat dekat dengan diri aku.

Novel RAM kali ni lain sikit. Genre thriller and suspens memang ada tapi... ahh bacalah sendiri. Nanti tahu la apa yang tapi tu.

Tapi... aku nak bercerita jugak kat sini. Apa sebenarnya yang ada dalam novel ni. Dari sinopsis dan cerita penulis kat bahagian belakang tu, RAM ada bagitahu yang ada rahsia diri dia yang dia ceritakan dalam buku tu tapi aku tak terus buat judgement. Aku biarkan dulu. Yang penting, aku nak baca novel dia. Cerita dia ke, cerita sapa-sapa ke yang dia nak tulis dalam tu, aku tak ambik pusing sangat.

Mula dari helaian pertama, macam biasa, style RAM ada prolog, ada opening dia. Dan benda pertama yang lain dalam novel ni sebab ada part 'Antara dialog dan monolog'. Apa benda tu? 

Overall, novel Aku Bercerita cerita pasal seorang 'Aku', seorang penulis novel yang ada writer's block. Aku terfikir, kaitkan dengan diri aku. Disebabkan aku bukan penulis, aku adalah pembaca, dan aku ada reader's block. Make sense kan?

Bermula dari situ, dari masa ke masa, 'Aku' menemui lima karya dalam laptop sendiri,yang bukan ditulis olehnya tapi RAM yang tulis. Of course la. Cerita dia kan. Ok mengarut. Nak tahu macam mana dia jumpa? Baca novel RAM ye.

Cerita pertama: Bunian 


Aku baca cerita ni tanpa apa-apa persepsi. Pembacaan aku macam relaks je. Cerita bunian je pun. Tapi ada kaitan dengan kita, manusia. Pengajaran yang common, pasal salah manusia. Bunian dah nasihat, tapi kita tak nak dengar. Bila Allah dah murka sebab manusia buat dosa. Tapi satu yang aku terkesan dan rasa tertipu. Rupanya yang kita anggap realiti manusia sebenarnya bukan dunia kita... Tak faham? And indeed, memang Allah dah ciptakan kita sebagai khalifah, lebih baik dari makhluk lain. Maka insaflah.

Cerita kedua: Culik

Sekali lagi, aku tertipu. RAM bijak manipulasi cerita. Apa yang kita anggap tak semestinya betul. Culik adalah cerita tentang kisah penjenayah, punya kisah hitam yang menjadikan dirinya begitu, cerita balas dendam, persahabatan dan jalan pulang. Macam lagu Open your eyes, Maher Zain, bila kita buka mata, tak ada sebab untuk kita salahkan orang lain. 

Cerita ketiga: Cinta Matiku

Cerita cinta. Tapi cerita ni ada lebih dari tu. Cerita dari sisi politik. Mula-mula aku tak faham, baca punya baca, wahhh... dahsyatnya. Orang macam tu pun ada ke? Sebenarnya memang ada. Kisah manipulasi dari dunia realiti, dan sejarah mungkin berulang, but I pray for the better. 

Cerita keempat: Kancil

Cerita fantasi di dunia haiwan. But of course, lebih dari tu. Cerita yang sangat rapat dengan aku, and I think other people too. Bukan semua orang dilahirkan perfect. Dan buka semua orang boleh terima kekurangan. Benda tu jugak la yang nak disebut-sebut kan. On the other side, bila aku bandingkan diri aku dengan hero dia, aku lebih bersyukur. Allah kurniakan something big for me walaupun ada kurang yang dia bagi. Kekurangan tu pun buat aku jadi baik. And grateful is everything. Buang sifat angkuh, sebab kita sama je di mata Allah. Cerita Ahmad yang kekurangan dan pelik di mata masyarakat, tapi takdir Allah ubah segalanya. Cuma kisah rompak di bank itu sadis.

Cerita kelima: Cut

Baca dengan bahasa Inggeris kalau tak nak tertipu lagi. Cerita gadis Melayu bernama Cut. Cerita cinta lagi, cuma sinis. Perkahwinan Cut untuk jaga maruah. Last-last, cinta bersatu. Cut. Then, reality comes.

Pengakhiran novel, barulah rahsia yang RAM nak perkataan dalam novel ni terungkai, tapi part ni sikit je. Aku Bercerita, RAM beritahu kisah diri dia, yang aku yakin, sebagai peminat RAM, kita rasa dihargai, rasa lebih dekat dengan penulis ni, sebab dia berani beritahu cerita dia dekat kita. Betapa dia percaya dengan sokongan kita. Of course RAM, you can always depend on us. Even we can't help you much, as we together believe, Allah is everything, we'll remember you in our doa. 

Aku Bercerita, my own thoughts.

Sinopsis


SEORANG pengarang novel cuba menulis naskhah terbaharu. Malangnya, gejala writers block melanda. Suatu masa... dalam keadaan separa sedar ketika terlena, dia terlihat seseorang menggunakan komputer ribanya. Namun kelibat orang itu samar-samar. Sebuah cerita yang siap ditaip terpamer pada skrin. Sebuah kisah yang mengujakan, tetapi bukan dia penulisnya. Teorinya – mungkin dia ada berkarya tanpa disedari, tetapi minda logiknya ragu-ragu.

Satu demi satu cerita baharu ditemui lagi dalam komputer ribanya. Dia semakin galak mencuri idea-idea tersebut. Gaya dan teknik penceritaan memang menyerupai cara dia berkarya. Dia semakin seronok mengakui semua cerita itu adalah miliknya. Kemudian... semakin banyak kejadian pelik yang mengitari kehidupannya. Dia diburu sesuatu yang meremangkan bulu roma. Ada bahana muncul bertubi-tubi. Siapa suspek yang bertanggungjawab menghuru-harakan kehidupannya?

RAMLEE AWANG MURSHID ada sebuah rahsia yang lama dipendamkan. Rahsia dirinya sendiri sejak bergelar seorang penulis novel. Lama-kelamaan... andai belenggu misteri yang menggelisahkan ini tidak dirungkaikan segera, maka berakhirlah kariernya...

Aku bercerita 
Cerita itulah aku 
Kerana aku manusia dan hamba 
Aku bercerita 
Cerita suka dan duka 
Yang suka didendang 
Yang duka dipendam 
Kerana dunia adalah dunia 
Aku bercerita 
Selama hidup sebelum mati 
Ceritatera seorang hamba 
Yang hidup kerana Dia

2 comments:

  1. Yaa banyak rahsia Ramlee dedah about himself. Memang best buku ni! Banyak plot twist pulak tu. Btw i am one of ramlee's fan. Nice to meet u.

    ReplyDelete