Thursday, July 27, 2017

Raudhah



Sinopsis

JOKER dan White - gandingan dua penjenayah kejam yang saling tidak mengenali. Joker adalah contract killer dan White pula pemegang kontraknya. Kod rahsia mereka – ‘Mawar Putih.’ Sasaran pembunuhan adalah golongan penjenayah kolar putih. Hubungan mereka retak setelah Joker mengalami serangan jantung secara tiba-tiba. Jantungnya berhenti berdenyut selama tiga minit. Logik akal, Joker sudah mati!

Faris dan Hambali - dua sahabat yang terpisah dan berbeza cara hidup. Faris bergelumang dosa. Hambali pula hamba yang zuhud. Setelah membilang tahun, mereka bertemu semula di Masjid Negara. Faris menyatakan hasrat hendak berubah dan Hambali tekad mahu membantu sahabatnya itu ‘taubat nasuha.’

Cinta - muncul secara misteri. Junaidatul Al-Fatiah merupakan tunangan Hambali. Dalam diam, Faris turut mencintai gadis itu. Kedua-dua lelaki ini menggelarnya, ‘Raudhah.’ Seorang gadis dicintai dua lelaki, pasti salah seorang harus mengorbankan perasaan dan keegoan. Tapi siapa?

RAUDHAH – banyak teka-teki yang sukar disimpulkan. Hanya iman dan takwa mampu melihat di sebalik tabir waktu. Persoalan muncul dalam bentuk yang sangat menyakitkan: keterbalikan cinta, keliru antara bayang dan jasad serta kitaran waktu yang mencetuskan huru-hara. 


Review

Novel Raudhah kalau nak compare dengan novel-novel RAM yang kebelakangan ini lebih straight forward. Tapi straight forward itu tetap tak ada lah straight forward sangat pun. Itu menurut pandangan I lah. Tapi I suka tema yang diketengahkan kali ini, iaitu Awwabin - 'Orang yang Taubat'

Satu lagi, I suka dengan input yang boleh kita cedok dari novel ini. Padat dengan mesej. I rasa mesej yang cuba disampaikan lebih menonjol dari jalan cerita. Bukan nak cakap story line tak menarik pun. Best jugak. Lebih-lebih lagi persoalan mengenai perkaitan watak-watak dalam novel ini. Setiap watak bersangkut paut sebenarnya. Pertalian yang agak kompleks jugak. Ending novel ini pulak, tak tau kenapa rasa macam terkesan secara tidak langsung. Biarpun rasa seakan ringkas, tapi secukup rasa. 

Pintu taubat sentiasa terbuka dan Allah tidak pernah menutup ruang keampunan kepada hamba-hamba-Nya yang sujud dan kembali kepada-Nya. Inilah tanda kasih Allah terhadap makhluk yang bernama manusia. 
Raudah (48; muka surat 383)

No comments:

Post a Comment