Friday, July 13, 2012

PEI PAN


Dah lama tulis benda ni..cuma tader masa nak publish sebab tak cukup masa.. Eeeuuww..macam la ada bisnes jutajuta.. Nama Ramlee Awang Murshid tak perlu diperkenalkan lagi dalam arena novel atau seni penulisan tanah air. Mendapat jolokan “ Novelis Thriller No. 1 malaysia”, karya2 beliau yang bertemakan thriller sering saja menduduki carta best-seller di gedung2 buku terkemuka sebaik saja keluar di pasaran. Inilah kehebatan Ramlee Awang Murshid (RAM) dalam berkarya. Tak perlu “promosi” besar-besaran seperti novelnya difilemkan atau dijadikan drama, tapi seringkali  karya2 RAM dapat menduduki top 5 carta jualan novel di gedung2 buku dan bersaing dengan novel2 yang yang kebanyakannya telah berada di layar perak yang melonjakkan popularity novel tersebut. Salah seorang penulis hebat yang aku telah baca kebanyakan dari karya2nya. Sebagai review pertama novel dari RAM, aku memilih antara novel terawal beliau, iaitu sebelum beliau bersama Alaf 21, iaitu novel Pei Pan keluaran Utusan Publication kalau tak silap.

Novel Pei Pan ni bagi aku merupakan antara karya RAM yang terbaik walaupun telah lama dikeluarkan. Rekod juga bagi diri sendiri kerana menghabiskan novel ni dalam masa 2 hari sahaja.! Best woo..! dari awal sampai habis memang berdebar habis...thriller tak sudah. And, at the end, kesudahan yang kita tak jangka..! Mengisahkan ahli korporat yang dikhianati sahabat baiknya yang dikenali sejak kecil. Sahabat yang menjadi orang kepercayaannya..! Kerana terlalu percaya, bukan saja hancur sebuah bisnes, tapi juga musnah sebuah keluarga..! Serius, novel ni memang best dan menyentuh emosi pembaca..! Berlatarbelakangkan kehidupan korporat yang berjaya tetapi tersungkur akhirnya kerana dikhianati. Novel ini juga membawa tema persahabatan yang sangat feeling..!

         Sinopsis belakang buku : KHIANAT. Bukan kerja orang jauh. Bukan niat busuk orang asing. Jauh sekali aniaya musuh. Kerja jiwa yang ditunggang nafsu, dipacu iri berasa dikalahi. Melalui perjalanan masa yang panjan, tenang, terselindung baik, tanpa kocak dan prasangka, baru khianat menampakkan wajah yang sebenar.Pei Pan cerita tentang kepercayaan, perjuangan, persaingan.Pei Pan cerita tentang perselingkuhan, pembunuhan, perkomplotan. Pei Pan kisah dunia korporat, penuh warna kehidupan sebu oleh debar meruntun.

11 comments:

  1. macammana nak dptkan novel ni....jenuh cari tak jumpa jumpa sampai sekarang...semua novel RAM saya ada cuma 3 novel aje tiada...pie pan..anugerahpertama dan igauan maut rasanya

    ReplyDelete
  2. kalau ada tlg hubungi saya di email rizalrazaai@yahoo.com

    ReplyDelete
  3. saya sangat berminat utuk memiliki pei pan dan anugerah pertama...

    ReplyDelete
  4. Saya pun mencari buku ni di kedai2 secondhand ,sebab buku lama kan. But still, hampa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba cri di mphonline..sy bru order buku igauan maut smlm

      Delete
  5. Saya ada kalau berminat. Email Di deekaza@gmail.com

    ReplyDelete
  6. Saya ada kalau berminat. Email Di deekaza@gmail.com

    ReplyDelete
  7. Sy mencari buku pei pan, mitos dan anugerah pertama...huhu

    ReplyDelete