Friday, July 13, 2012

Tombiruo Terakhir oleh RAM



Sinopsis 


KETERAMPILAN dan imej baru Ejim menggugah hati Wan Suraya, sekali gus mencetus rasa cemburu Dr. Haslia. Ejim yang kini dikenali sebagai Amaruddin, saling tidak tumpah menyerupai kembarnya Amiruddin yang telah meninggal dunia. Munculnya Ejim di Kuala Lumpur menyebabkan Wan Suraya melihat 'Amiruddin' dalam diri lelaki Tombiruo itu.

Wan Suraya yang telah bertunang dengan Tan Sri Nasir tiba-tiba menunda tarikh perkahwinan mereka. Apabila perkara sebenar terbongkar, Tan Sri Nasir yang merupakan penaja utama pembedahan wajah Ejim mula memusuhi lelaki Tombiruo itu. Dia tidak mahu kehadiran Ejim mengganggu gugat cinta sucinya terhadap Wan Suraya.

Kehidupan di Kuala Lumpur rupa-rupanya tidak menjanjikan kebahagiaan. Ejim hidup dengan penghinaan, dugaan dan cabaran. Hasrat hatinya ingin kembali ke Hutan Keningau ditentang Dr. Haslia. Bagaimanapun, hasrat hatinya itu terlaksana jua setelah 10 tahun berlalu. Selama tempoh itu, Ejim telah pun berkahwin dan dianugerahkan seorang anak perempuan. Sekembalinya ke Hutan Keningau, dia mendapati Hutan Keningau bergolak lagi dengan kemunculan 'Seorang Tombiruo'.

Siapa isteri Ejim? Mampukah Ejim menjiwai semula semangat Hutan Keningau setelah 10 tahun berlalu? Tergamakkah Ejim meninggalkan anak dan isterinya demi menyahut seruan semangat Hutan Keningau? Dan siapakah 'Tombiruo Terakhir' yang mengaku sebagai raja rimba di daerah pedalaman itu?

Tombiruo Terakhir... rasailah pergolakan perasaan yang sarat dengan cinta dan kasih sayang, saspens, debaran asmara dan pertelingkahan. 



Sisi Pandang Saya


Cerita trilogi ini nyata cukup berkesan. Satu cerita yang diolah cukup baik dari hanya satu mitos di hutan Keningau. Satu kritikan terhadap pemikiran stereotaip masyrakat di Malaysia. Perlulah disedari hanya Allah yang perlu ditakuti kerana dia yang mengetahui. 


Perjalanan cerita masih bergitu berkesan. Misteri isteri Ejim hanya dirungkai di hujung tinta cerita namun ianya masih seronok dibaca. Sisi hidup bandaraya nyata cukup membebankan pendatang baru. Ibarat rusa masuk kampung adalah perumpamaan melayu yang paling sesuai diberi kepada watak utama. Sifat egoisme dan individualistik masyarakat kota diserlahkan. Bertapa tahap pendidikan dan jumlah harta diagungkan tanpa melihat kepada nilai hati. Hati dinilai mati.


Satu perkara yang cukup penting digarap dalam cerita ini. Sesungguhnya hidup ini singkat. Hidup ini sementara. Hisup seketika di dunia fana. Hidup berkitar di balik Azan dan Solat. Benar kita diazankan ketika masih kecil. Benar kita disolatkan ketika telah tiada. Ketika tubuh telah binasa. Pendeknya waktu antara azan dan solat. Pendeknya hidup di dunia jika direnungi. 


Ambillah ibrah dari Azan dan Solat.



http://tintabeca.blogspot.com/2011/02/tombiruo-terakhir-oleh-ram.html

1 comment: