Friday, July 13, 2012

Igauan Maut - antara dendam dan juga kemanusiaan


"Sebuah rumah yang dibakar! Seorang perempuan menjerit ketakutan. Pemuda yang... yang hangus separuh badannya. Anak kecil... ah! cukup...!" cerita Mizah mati di situ. Dia tidak mampu mengingati mimpi yang dialaminya. Terasa sakit seluruh saraf fikiran Mizah.

Igauan maut ialah novel pertama Ramlee Awang Murshid (RAM) yang diterbitkan pada tahun 1995 oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Novel ini pernah memenangi tempat kedua dalam Peraduan Menulis Novel Dewasa 1992, anjuran DBP dan hadiah Sastera Negeri Sabah bagi tahun 1994/1995. Walaupun hanya mempunyai 164 mukasurat dan berharga RM6.50 (naskhah asal), ternyata novel ini berjaya menimbulkan suspens dan thriller dan memberikan kepuasan kepada pembaca di akhir cerita.

Mengikut sinopsis di belakang kulit novel, "Igauan Maut ialah sebuah novel suspen yang memaparkan kisah dendam akibat daripada tragedi ngeri yang berlaku pada September 1963. Dendam yang terpateri di hati dan beraja pada sepasang mata yang beracun, menuntut harga setitik darah dibayar dengan selaut darah dan nyawa yang hilang pinta dikembalikan, demi menebus maruah dan mencari keadilan dunia. Tiada lagi erti kemanusiaan dan kasih sayang yang baru tumbuh dibunuh. Segalanya hilang dalam memerangi badai emosi yang mengganas."

Seorang blogger dari USM Kelantan www.ulasbuku.blogspot.com mengulas, "nyata sekali sentuhan pertama Ramlee ini amat baik sekali. Jalan ceritanya benar-benar memukau, sehinggakan pembaca perlu membelek hingga ke helaian terakhir untuk mengetahui nasib yang menimpa ke atas watak utama. Suspens thriller...benarlah novel ini diletakkan dalam genre tersebut. Novel Igauan membuktikan bahawa kita tidak perlu mukasurat yang tebal untuk menjadi satu novel suspens thriller, cukup dengan gaya penceritaan dan pembentukan watak yang baik."

Saya baru sahaja selesai menamatkan sesi pembacaan novel ini. Nyata menyentuh emosi dan mendebarkan jiwa. Biarpun temanya amat mudah iaitu perihal dendam dari peristiwa September 1963, plot terus bergerak meninggalkan persoalan demi persoalan kepada pembaca. Namun begitu, RAM berjaya memastikan semua persoalan yang berlegar-legar dalam minda pembaca, terjawab di akhir penceritaan.

Biarpun RAM ialah seorang lelaki, tapi beliau berjaya melorek tunjang utama novel ini iaitu Mizah dengan begitu baik sekali. Dalam novel ini, Mizah digambarkan sebagai seorang pekerja di sebuah syarikat dan juga seorang novelis. Nyata RAM amat bijak menggabung jalin ikatan antara watak apabila di perakhiran cerita, Alice (sahabat baik Mizah) turut ada kaitan dengan Lipin yang pernah bekerja di kebun ayah Mizah.

Latar masa mengambil waktu sekitar September 1963 dan juga 25 tahun selepas itu iaitu sekitar tahun 1988 dan juga tahun 1990. Begitu juga sewaktu pendudukan Jepun di Tanah Melayu sekitar tahun 1944. Latar tempat pula mengambil lokasi sekitar Kampung Pasir Lama (macam rumah kak Elle je nih) dan juga Taman Cempaka.

Antara persoalan-persoalan yang bakal muncul di minda pembaca ialah mengapakah mimpi tersebut sentiasa mengganggu tidur malam Mizah, apakah kaitan antara Jalil, Kudu dan Ajis, siapakah anak kepada pasangan Marlia dan Ali Abdullah yang sebenarnya, siapakah yang membakar rumah Jalil dan Ajis, siapakah sebenarnya Lipin yang tiba-tiba muncul di Kampung Pasir Lama dan banyak lagi.

Mungkin kerana telah membaca semua novel RAM yang lain, semasa membelek-belek, membaca dan menghayati novel ini, saya terbayangkan watak Ali Abdullah sebagai Ryu Watanabe dengan pedang Tou Ai nya (Hatiku di Harajuku) dan juga watak Atim sebagai Ejim (Tombiruo). Biasalah, seperti kebiasaan, novel ini dapat dikhatamkan dalam masa beberapa jam sahaja. Biasanya saya kalau membaca novel-novel RAM, mesti habis dalam masa sehari semalam sahaja. Itulah saya kalau dah terlebih khusyuk dengan novel-novel suspens dan thriller ni.

Secara ringkasnya, biarlah saya meringkaskan novel ini sependek mungkin sebagai sinopsis lebih kurang. Novel ini adalah berkenaan dendam. Pada zaman Jepun kat Malaya, Ali @ Miyakoto Sakurai banyak tolong keluarga Marlia. Sekitar 1963, terdetik cinta antara mereka, lalu berkahwin dan dapat seorang anak (dari awal xmention laki ke perempuan ke, at the end baru tau). Tapi, ada segelintir penduduk kampung yang tak puas hati sebab masih ada lagi saki baki penjajah Jepun di Kampung Pasir Lama. Rumah Ali dibakar. Maka, ternampak la sepasang mata yang diceriterakan dalam sinopsis kat belakang kulit novel tu. Di Taman Cempaka, 25 tahun kemudian, Mizah asyik histeria malam-malam mimpi benda yang sama. Alangkah tak disangka, mimpi ni ibarat petunjuk dari langit. Sebuah rumah dibakar macam ayat aku quote kat bawah ni. Dah jumpa doktor, tapi xde apa-apa penyakit, Alice, her housemate advise suruh berubat cara kampung. Yang peliknya, bila balik kampung nak berubat, dah tak histeria dah. Then, Lipin tiba-tiba muncul kat Kampung Pasir Lama, rajin ya amat (ayat best Lipin, "apa-apa kerja pun sama, yang penting, betul-betul MAHU bekerja") tolong Pak Kudu kat kebunnya. Pak Kudu ni ayah Si Mizah. Diorang ni ada kisah silam yang Si Mizah sendiri pun tak tahu dan sebenarnya kedatangan Lipin kat kampung tu pun ada kaitan dengan pedang pusaka dan juga dendam keramat. Suspens kan? Miahaha, sama-sama la kita baca novel ni walaupun dah takde kat pasaran.

Kak Linda RAMfc turut mengulas tentang novel ini di blognya iaituwww.myulatbuku.blogspot.com . Beliau mengulas, "Igauan Maut merupakan karya pertama Ramlee Awang Murshid dan merupakan novel beliau yang kedua saya baca selepas novel Aku Darah Anak Malaysia (ADAM). Saya telah membeli buku ini 3 tahun lepas melalui tempahan secara online di Dawama. Pada masa ulasan ini ditulis, novel ini sudah kehabisan stok walhal ramai peminat Ramlee Awang Murshid di luar sana mencari novel ini dan ingin membelinya untuk koleksi peribadi.Secara peribadi, saya amat berharap agar pihak Alaf21 Sdn. Bhd. dapat mengambil alih penerbitan buku ini untuk memenuhi permintaan yang ada. Saya percaya ramai di antara pembaca yang ingin memiliki novel ini setelah membaca karya Ramlee yang terbaharu iaitu Hijab Sang Pencinta lebih-lebih lagi buku ini berjaya mengungguli carta buku popular MPH dan Popular di dalam kategori cereka.Igauan Maut merupakan sebuah kisah mendebarkan yang mengisahkan dendam seorang anak terhadap beberapa orang kampung yang bertanggungjawab ke atas kematian kedua ibu bapanya 25 tahun lalu. Penulis berjaya membuatkan pembaca berteka-teki - siapakah dalang di sebalik semua kejadian berbau dendam ini. Melalui pembacaan Igauan Maut, saya dapat membaca kecenderungan penulisan Ramlee yang menjurus kepada genre ’thriller’ dan suspen. Untuk mengendurkan emosi pembaca, penulis menyelitkan kisah bibit-bibit cinta di antara dua watak utama novel ini. Saya rasa sedikit terkilan kerana penulis tidak mendedahkan ibu bapa sebenar Mizah. Saya kira penulis mempunyai alasan yang tersendiri untuk persoalan tersebut.Novel ini sesuai dibaca oleh semua golongan terutama mereka yang ingin mengetahui gaya penulisan awal Ramlee Awang Murshid.Daripada 5 bintang, saya berikan 4 bintang untuk Igauan Maut."

"Sebuah rumah yang dibakar! Seorang perempuan menjerit ketakutan. Pemuda yang... yang hangus separuh badannya. Anak kecil... ah! cukup...!" cerita Mizah mati di situ. Dia tidak mampu mengingati mimpi yang dialaminya. Terasa sakit seluruh saraf fikiran Mizah.

P/S: Dari 5bintang, den kasi 5bintang penuh gak tuk novel ni. Walaupun nipis, tapi meninggalkan kesan. Walaupun taktau siapa mak ayah Si Mizah, tapi den rasa, tak mencacatkan cerita. Den paling terkesan dengan ayat Lipin tu la, "apa-apa kerja pun sama, yang penting, betul-betul MAHU bekerja". Thanks to Kak Elle atas novel Igauan Maut tu dan to Abang Ramlee sebab sudi menitikkan tinta dakwat dalam novel tu. Miahahahaha.. Kengkadang terbayang wajah Frodot (excuse me, bukan frodot yg pink tau, miahahaha) yang mengerikan tu bila tiba part cerita pasal Atim walaupun kadang-kadang terasa Atim ni macam Ejim Tombiruo. Mizah ni, macam Nizah Nizot kot, Alice ni lebih kureng macam Kak Elle dan Ali Abdullah macam Ali Dato Marsani kot.. Miahahaha..



No comments:

Post a Comment