Friday, July 13, 2012

MANDATORI



Assalamualaikum & Salam Januari...
MANDATORI

Bila dirujuk pada kamus Dewan Bahasa dan Pustaka , mandatori bermaksud 'mesti atau wajib dilaksanakan'. Istilah itu sering digunakan pada terma hukuman dan perundangan. Mandatori - Hukum Gantung Sampai Mati , itulah ungkapan yang sering kita dengar. Ia membawa maksud hukuman gantung itu harus dan wajib dilaksanakan sehingga penerima hukuman menemui ajal... MATI !.


Itulah pendekatan yang disampaikan oleh RAM melalui karya beliau yang bertajuk 'MANDATORI'. Penceritaan bukanlah berkaitan hukuman yang dilaksanakan oleh badan kehakiman tetapi pelaksanaan hukuman oleh seorang lelaki... CARLOS. Dia meletakkan kuasa total untuk menguatkuasakan hukuman mandatorinya sendiri. Tiada lagi timbang tara , tiada lagi perbincangan dan tolak ansur. Tidak ada juga perbicaraan dan juri yang akan mengadili. Jawapan bagi semua hukuman yang dijatuhkan kepada pesalahnya ialah MATI mandatori.

Babak demi babak dalam penceritaan oleh RAM pada MANDATORI ini dipenuhi aksi dan suspen. Dalam rentetan kisah pembunuhan ini , turut diselitkan unsur-unsur dakwah dan teladan...

Tetapi apakah punca dan sebabnya sehingga dia sanggup melakukan kekejaman itu ? Adakah segala perbuatan yang dilakukannya itu berpunca daripada dendam ? atau keseronokan ketika melaksanakan hukuman maut itu membuatkan dia mencari mangsa ? siapakah pula BOGART ?

jangan tunggu lagi... baca dan rungkaikan misteri pembunuhan akibat hukuman mandatori ...


Coretan budakhutan;
Ketika coretan ini di tulis... Palestin masih lagi digempur oleh Israel. Kenyataan - kenyataan berunsur manipulasi , memohon simpati dan angkuh oleh pihak zionis membuatkan masyarakat dunia keliru. Mereka menyalahkan Hamas di atas kekejaman yang mereka lakukan. Mereka juga memperlekehkan PBB . "ini bukanlah satu resolusi / isu yang boleh diselesaikan melalui rundingan di atas meja PBB, ianya harus diselesaikan di lapangan" itulah antara kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Israel.

Tidak juga menyokong mana-mana pihak tetapi aku menyokong kepada perjuangan hak asasi manusia. Ibarat pepatah lama , "dua ekor gajah yang galak bergaduh , kancil yang mati tersepit di tengah"... golongan warga emas , wanita dan kanak-kanak menjadi mangsa peperangan.

Apakah hukuman mandatori yang harus diberikan kepada mereka yang menyebabkan kematian ini ? ....

http://www.kelabram.com/2009/01/mandatori.html



Sinopsis : MANDATORI


Bermula dengan hukuman di tali gantung yang dikenakan ke atas seorang pemandu, Carlos menyimpan dendam menuntut keadilan. Seorang demi seorang yang menzalimi akan terpaku di mahkamah keadilan yang dicipta oleh Carlos sendiri. Dialah pendakwa raya dan dia jugalah hakim.

Bagi Carlos, peguambela sudah tidak perlu lagi kerana pendakwaan membawa erti kesalahan telah terbukti. Sesiapa yang diadilinya pasti akan menerima hukuman dengan sekali perbicaraan. Dan hukuman yang pasti ialah hukuman mati mandatori!

No comments:

Post a Comment